Frequently Asked Questions
How to Report a Concern
Organisasi anda menyediakan satu senarai jenis insiden yang anda boleh pilih untuk membuat laporan anda dan anda sentiasa mempunyai pilihan untuk menulis jenis insiden anda sendiri.
Mana-mana pekerja, ahli, kontraktor, atau pihak ketiga yang mendapati diri mereka dalam situasi yang boleh menimbulkan isu undang-undang atau etika atau yang dikenal pasti dalam tatakelakuan, boleh melaporkan kebimbangan.
Terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan dan tiada perbezaan sama ada anda membuat laporan melalui laman web ataupun telefon. Ejen pusat panggilan akan mengikut langkah-langkah yang sama untuk mengisi laporan sebagaimana yang anda akan lakukan pada laman web, dan walau mana-mana cara sekali pun yang dipilih, kebimbangan anda akan diterima secara sulit, tanpa nama (jika ini pilihan anda), dan dihalakan kepada individu khusus sahaja dalam organisasi ini serta penasihat undang-undang luar kami yang bertanggungjawab menilai maklumat yang anda berikan.
What to Expect in the Reporting Process
Jika anda menyaksikan atau mengalami isu dalam bidang berikut, sila berhubung.
- Pemerolehan awam
- Perkhidmatan kewangan, produk dan pasaran
- Keselamatan produk dan pematuhan
- Keselamatan pengangkutan
- Perlindungan alam sekitar
- Perlindungan pancaran dan keselamatan nuklear
- Keselamatan makanan dan makanan haiwan, kesihatan dan kebajikan haiwan
- Kesihatan awam
- Perlindungan Pengguna
- Perlindungan privasi dan data peribadi
- Kebimbangan anda dipandang serius.
-
Maruah anda dipelihara dan anda dilayani dengan hormat.
-
Anda tidak perlu memperkenalkan diri anda.
-
Komunikasi anda dirahsiakan.
-
Laporan insiden anda akan diterima oleh Convercent dan dihantar kepada individu yang disifatkan sebagai sesuai dalam organisasi anda.
-
Organisasi anda mengendalikan kesemua laporan insiden berlandaskan prosedur siasatan dalaman organisasi.
-
Kebimbangan anda ditangani dan anda dipastikan termaklum sepanjang siasatan.
-
Anda dihubungi apabila siasatan selesai dan dimaklumkan tentang sama ada terdapat bukti yang kukuh atau tidak.
-
Anda tidak akan mengalami tindakan balas kerana membuat laporan atas dasar niat yang baik.
Convercent ialah sebuah organisasi yang dikhususkan untuk membina penyelesaian etika dan pematuhan yang terunggul dalam kelas. Organisasi ini membolehkan para pekerja berkongsi kebimbangan atau insiden, sementara mengekalkan ketanpanamaan secara mudah, dan sehubungan dengan itu, memupuk persekitaran yang membolehkan setiap suara didengari.
Laporan insiden anda TIDAK dihantar secara automatik kepada penguat kuasa undang-undang. Hanya jika organisasi anda merasakan penguat kuasa undang-undang perlu menerima satu salinan, atau jika disyaratkan oleh undang-undang, barulah laporan insiden anda akan diserahkan kepada pihak polis.
Dalam semua keadaan, segala usaha akan dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang berkaitan dengan insiden yang dilaporkan dikekalkan sulit dan disampaikan atas dasar perlu tahu sahaja. Di bawah ini ialah tahap ketanpanamaan yang berbeza yang boleh anda pilih:
-
Kekal tanpa nama sepenuhnya: Anda tidak akan mendedahkan nama atau maklumat hubungan anda. Identiti anda dilindungi sepenuhnya pada laporan insiden berkaitan.
-
Kekal tanpa nama kepada organisasi anda: Anda selesa untuk mendedahkan nama dan maklumat hubungan kepada Convercent, tetapi bukan kepada organisasi anda. Convercent boleh menghubungi anda secara sulit untuk mengumpulkan maklumat tentang laporan yang berkaitan namun tidak akan mendedahkan identiti anda pada bila-bila masa sekali pun kepada organisasi anda.
-
Berkongsi nama dan maklumat saya: Anda tidak hirau tentang ketanpanamaan. Anda memilih untuk mendedahkan nama dan identiti anda kepada organisasi anda dan juga Convercent.
Semua laporan yang diserahkan dihalakan kepada individu khusus sahaja dalam organisasi anda serta penasihat undang-undang luar yang bertanggungjawab menyemak dan menilai kategori maklumat khusus yang anda berikan. Setiap individu ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menyemak perkara ini dan mengendalikan siasatan secara menyeluruh, tidak berat sebelah, dan sulit.
Tindakan balas terhadap sesiapa pun kerana melaporkan atau menyertai siasatan mana-mana aduan adalah dilarang. Sesiapa yang didapati telah terlibat dalam tindakan balas akan dikenakan tindakan tatatertib. Jika pada bila-bila masa anda percaya anda telah dikenakan tindakan balas kerana membangkitkan kebimbangan atau menyertai siasatan tentang kebimbangan yang dibangkitkan, sila laporkan perkara ini dengan serta-merta supaya siasatan yang sewajarnya boleh dibuat.
Following Up on a Concern
Anda akan dapat membuat kata laluan peribadi, yang boleh anda gunakan untuk menyemak status dan mengemas kini laporan selepas anda menyerahkan laporan tersebut. Anda tidak akan dapat menukar apa-apa, tetapi anda boleh menambah butiran dengan menggunakan papan mesej kes peribadi yang dibuat secara automatik dengan sesebuah laporan.